Wednesday, 25 November 2015

Kisah Benar

Psst... psst...
 
Ni nak borak dengan u ols ni... mesti korang pernah mengalami dalam keadaan keseronokan tetiba ada je perkara yang buat korang naik darah.  Meh sini nak story sikit... (ni kisah benar, mungkin ada kaitan sikit dengan yang dah mati, yang belum mati atau yang rasa-rasa nak mati).
 
Bershopping memang seronok, apatah lagi bila tengah sales, sanggup tinggal suami pergi shopping sensorang. Bila dah sales tu, apa baju pun nampak menarik kan. Haish... singlet kodi pun cantik. Apa lagi cargas la dok mengutip baju kat rak sebab nak try. Terasa la kejap macam minah dalam citer Confessions of a Shopaholic tu kan... berangan much!
 
Dah setel pilih baju, maka seharusnya seperti manusia-manusia normal, saya pergi fitting baju-baju tu dulu sebelum bayar. Tapi malangnya fitting room penuh pulak! Yang menunggu giliran pun ramai. Tapi... saya sanggupkan jugak la melanguk dekat 15 minit kat tepi fitting room, tunggu giliran. Bila la amoi ni nak keluar. Allo amoi, lu try baju ka jahit baju?
 
Bila datang giliran, baru je nak melangkah masuk, salesgirls tahan tak bagi masuk. Kak, kita cuma allow 3 helai je sekali masuk try. Dia cakap sambil jeling kat sticker kecik tulis "Maximum 3 Garments" kat tepi dinding kawasan fitting room. Laaaa... tak boleh kecik lagi ke sticker tu dik oiiii!!! Daripada dok pegang 8 helai tetiba kena letak tepi 5 helai. So terpaksa la cuba 3 helai je dulu. Aishhh....
 
Dah masuk dalam fitting room, maka sessi melaram dan syok sendiri bermula. Bukan main catwalk dalam tu sensorang diri. Ada la sehelai tu nampak ok, tapi yang lagi dua helai tu ketat sangat pulak daaaahhh. Satu hal pulak nak keluar pegi ambil baju yang size besar sikit. Nanti karang bila keluar, nak kena beratur balik. Haish, tak pa la, setiap rintangan pasti ada kejayaan. Ceh!
 
So, terpaksa la keluar untuk cari baju jenis yang sama tapi dengan saiz yang besar sikit. Lepas tu beratur balik semula macam tadi. Dekat 15 minit baru berjaya masuk fitting room tu lagi sekali. Bila dah try, baru teringat ada lagi 5 helai tadi yang kena tolak tepi. Haish... maka keluar semula dari fitting room dan cari balik baju yang 5 helai tadi.
 
Ada laaaa dekat 4 kali jugak la dok beratur macam tu sebab ada je baju yang tak kena size. Bila dah kena dengan size, design plak macam tak kena dengan badan. Apasal laaaaaa kat patung-patung tu semua nampak lawa tapi bila kat badan saya ni, nampak macam hodoh. Adakah baju ni menghodohkan saya atau saya yang telah menghodohkan baju tu?

Dah puas hati dan dan confirm baju mana nak beli, maka tercari-cari la kaunter nak pegi bayar. Alahaiiiii... sayup-sayup dari jauh dah nampak punya la panjangnya queue. Slow-slow je jalan ke kaunter sambil mata dok melilau tengok kot-kot ada baju lain nak 'ragut' last minit. Haish, tak nama pompuan sejati la kan kalau tak buat perangai cam tu. Masa tengah queue pun mata tak habis melilau lagi. Nyaris nak keluar barisan sebab ternampak ada 2-3 helai baju lain yang menarik perhatian. Nasib baik hati cekal. Tambah plak mengenangkan fitting room nak kena beratur panjang, memang tak sanggup dah. Cukup la 6 helai yang ada kat tangan ni sahaja. Sengsara sungguh.

Setelah beratur 20 minit, akhirnya saya sampai jua kat depan kaunter. Muka berseri-seri penuh semangat nak bayar. Seronoknya, lepas ni almari penuh dengan baju baru. Kedengaran minah kaunter tu cakap "Akak, semua sekali RM375". Saya pun hulur la credit card saya kepada dia. Dia boleh plak cakap "mintak maaf, credit card machine offline". Sambil tunjuk signboard kecik atas meja tulis "Credit Card / Debit Card Offline". Tu laaaa, mata gatal melilau tengok baju-baju, sampai tak perasan kewujudan signboard "Credit Card / Debit Card Offline" tu.

Adoila, mana nak raba duit. Dalam purse ni ada la RM100. Mana nak cukup bayar semua baju kat tangan ni haaa. So dengan lemah longlai saya cakap "Tak pa lah dik, saya amik selai saja ya". Kecewa sungguh, setelah berhempas-pulas beratur berkali-kali kat fitting room lepas tu beratur lama pulak kat kaunter, cuma selai je berjaya beli. Ya, saya repeat, sehelai sahaja! Sakitnya hati.

So, moral of the story - LAIN KALI, BAWAK SUAMI PEGI SHOPPING SKALI!
 

No comments:

Post a Comment